Sunday, October 30, 2011

3 bulan bro..

Amik kau!dah 3 bulan tak update blog terkial2 nak tulis apa!hahaha..
lama btul xsinggah blog ni,yela nak harapkan org lain singgah?blog pon tak ada isi,tak ada maknanya..=D
Sekilas pantas dari bulan 7 sampai skang.Org putih cakap time line la:

bulan 7
* arsenal datang bukit jalil kalah kan Malaysia 4-0 ,yeahh!! (pedih ati tgk malaysia main)

bulan 8
* Of kos lah semua org posa..kome pose x?hikhik
*my fiance,*ngan tangan di perut tepuk2 muka bangga dapat kerja kek pulau indah!tahniah syg..walau xindah sgt perjalan ke sana..hehe
*arsenal datang old trafford sehari dua sebelum raya,kena bantai 8-2 (xpedih hati pon sbb dah berkecai hancur lumat!jari tgh pd wenger)
*last day 31hb kita merdeka!merdeka!merdeka!,sonok masa ni dah raya pakai baju purple lagi..hehe.pas2 wenger beli player sampai 5 ketul ko!(tarik balik  jari tgh,kuar plak  ibu jari kaki..good2)

bulan 9
*penuhkan perut dengan jemputan rumah terbuka..hasilnya?berat aku 80kg!walaupon ada no ong (8) skit pon xrasa bertuah.padan muka!
*semangat exercise 2 hari pas2 macam biasa balik,jarum timbang masih lagi sekitar 79.99kg..(hmmm..ada pengurangan)

bulan 10

*cik tunang tersayang dapat offer lecture..cayalah sayang!lebiuuu!xsabarnya nak pau hehe
*training motibasi,mental & semangat dengan Zubedy kat TI..best2..(masih lagi sedaya upaya gigil2 amalkan apa dia suruh..haha)
*apa lagi r aku pon xingt,kalo psl kerja tiap2 bulan memg sucks!huhu
*ada2 lupa..masuk kelab yo,bukan kelab masak2..bukan juga kelab boboyot..kelab........**sila tgk banner..hehe

bulan 11
*simpan idea la bro nnti xdak apa nak tulis..p kerja kompol duit..hehe
*SEKIAN~~


Thursday, July 14, 2011

arsenal datang msia!!!

arsenal datang msia!yeayyyyyyy!!!dapat gak tgk star player aku rvp.tapi gervinho xsmpt lak datang kalo x msti leh celen sagna dr segi kekilatan beliau..hehe.tapi skali dapat tgk nasri gelecek pastu tgk vermalean defend,pergh..rasa xsabar je nak tggu season ni start.harap2 walopon bnyk desas desis pasal player arsenal ni,arsenal tetap maju kehadapanlah!sesuai dengan ke 125 tahun korang-forward

kepada wenger,
saya faiz dari ampang,tidak ingin mengajukan soklan pd anda tapi...
please r jgn kemut!kalo de duit tu beli r defend 1,keeper 1 yang marveles skit.team lain beli ko xtgk ke?degil bagak!nanti sume star ko blah baru tau.cepat2lah kompemkan player ko aim tu..hari2 asyik rumours je.alang2 nak rumours baik ko cakap,"arsenal mahu khairul fahmi","shafiq rahim dalam perhatian wenger".tapi taklaaaa kot.mimpi jelaaaa

aku ngan member merempit sampai kira2 10 minit nak masuk stadium.pagi tu feeling memang sgt sucks!tqvm to u!tapi ptg tu ok skitla sbb dpt jmpa player yg diminati.orang cakap player arsenal sombong,ye kot sebab xde plak nampak dorang celebrate pas game semalam.lantak r,janji ko dtg msia!huhuhu

harap2 emirates ada kerja kosong,aku nak apply..arghhhhhh!

Sunday, July 10, 2011

bersihkan jiwa..bersihkan mereka..

"keBERSIHan itu sebahagian dari iman"
"BERSIH,cekap,amanah"
"sila BERSIHkan mulut anda sebelum cium saya"

Ewah..ewah..sekarang abang faiz dah jadi pembersih ye!dulu nak kemas katil sendiri pon malas,apatah lagi nak basuh jamban.sekarang tiba2 je nak BERSIH..hehehe.Tahniah kepada BERSIH yang berjaya menyuarakan pandangan anda dijalanan.Sepatutnya ia akan lebih BERSIH bila semua orang lebih memahami & bersikap terbuka.Apabila keadilan cuba dinafikan akan berlakulah yang dinamakan "collateral damage" -kerosakan yang tidak dapat dielakkan.

Kagum..
Saranan PM supaya kita hidup dalam 1Malaysia terdapat di dalam BERSIH.Semua kaum ada masa tu & yang paling penting generasi muda yang semakin matang yang boleh berfikir yang tak mudah tertipu oleh kerajaan.Kami bukan anti kamu,kami anti tindakan kamu.Tidak kah kamu semua nampak rakyat perlukan perubahan?rakyat sengsara dengan ekonomi sekarang yang membebankan setiap lapisan masyarakat.Kamu orang atas suruh kami berjimat sambil kamu semua berpesta di sana.Pergi keluar negara konon2nya buat kerja tapi melancong membazirkan duit rakyat sahaja.Duit digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah.email 1 malaysia?menara merdeka?WTF!apa yang rakyat boleh guna dengan semua tu??

Lihat pada germany..Free education.itu yang rakyat mahu!rakyat mahu sesuatu yang memangfaatkan mereka.Sekarang semua nya naik minyak naik,gula naik,hutang naik,darah tinggi naik..tu belum sewa beli rumah lagi.pleaselah,play in with economy skit.janganlah asik nak pusing kat rakyat jer.kalaulah aku yang kerja exec ni pon rasa xcukup,camne yang kerja operator kilang yang gaji ratus2 je tu..lu orang r,management sucks!

Aku pernah kerja kerajaan sebelum kerja private.Aku tahu macam mana kerja lu orang,tak efektif,lambat & menghabiskan duit.yang korang tau mengular je.Aku duk dalam jabatan teknikal yang supposely sangat busy pon xde keje.Cuba bayangkan kalau jabatan lain yang jarang2 ada projek,kerja dari kerajaan.tak ke bazir duit bayar gaji dorang mengular?so aku amik keputusan keluar dari kerajaan & masuk private.Aku tak nak buang duit orang bayar gaji aku dengan buang masa.tapi aku berterima kasih kerana terima aku sementara waktu dulu.Ia betul2 membuka minda aku sekarang!

OK guys,cite panjang xguna nanti time election kita pangkah je.

Wednesday, June 22, 2011

boss faiz

dah setahun kerja kat kilang mat saleh ni.cepat betul masa berlalu..mksudnya lagi setahun habis bon..hehehe.rasanya baru je habis matrikulasi kelmarin.tiba2 nak doraemon datang malaysia.nak pinjam pintu masa,nak putar balik..huhuhu.Inilah ayat seorang loser,bila tak dapat dihajati mulalah kalaulah..kalaulah..stop it OK!there is no 2nd chance unless you create it!so better move your ass & make your dream come true!

aku selalu bermimpi nak berniaga,nak buka kedai itula inila tapi sampai sekarang yang aku pandai buka hanyalah butang seluar aku.memang dasar mat jenin hanya pandai mimpi saja.so sapa2 rasa nak lempang saya silalah..saya mahu semangat bekerja untuk mejadi kaya.tak perlu bangun awal pergi kerja shift penat2..hasilnya taklah sebanyak mana yang diidamkan.ko idamkan ape pais???aku idamkan...bebas hutang,no money problem..bolehkah??ntahlahh..

sapa2 rasa dia nak partner meniaga tak pakai modal ribu2 leh r ajak aku.kalo mlm meme gua xminat r..huhu.bohcan..bohcan..nak jadi boss!!!

Monday, May 16, 2011

politikus malaysiaku

politik..politik..politik..
aku bukanlah orang yang layak berbicara pasal politikus ini,tapi aku cukup layak untuk memerhati kebinasaan yang disebabkan olehnya..aku terus terang cakap, aku anti politik malaysia yang jijik & penuh muslihat.Setiap orang berebut  berpolitik untuk menjaga kepentingan kaum masing2.Encik Melayu??kita mudah lupa..tanah ini tanah melayu tapi bukan selama2nya kita punya..sedikit demi sedikit hak kita dikikis tanpa kita sedari dan adakah kita betul2 peduli?

kau pro kerajaan,kau pulak taksub gila. masing2 bergaduh menegakkan batang yang basah.lastly,apa kau dapat?ZERO.tak dapat apa2 pon kan. sokong penat2 ada dapat duit?ada dapat kereta lapan bijik?takde kan kan.(kalau ada gtau aku cepat2 ye!)aku ekceli xkisah sgt2 pon psl  korang punya pendapat .aku paham semua nak menang walaupon masing2 hujah tak semenggah mana.TAPI kalau boleh tak payahlah sampai memekak kat telinga aku!aku nak makan-minum pon tak lalu..demn lah!!

politik aku simple..spent more,no vote..tak paham??ko memang bukan kaki politik,mungkin kaki bulu2 je..ikut tabiat si cina,diam2 ubi berisi diam2 cina dapat penang..sendiri mahu pahamlah.dorang lebih berminat untuk bertekak tentang duit,harta & kepentingan kaum mereka.tak macam encik melayu membabikan sesama sendiri,mencelakakan peribadi.. sebab?? tak dapat  yang dihajati..cubalah kan bergaduh pasal macam mana nak jadikan mat rempit tu danni pedrosa ke?casey stoner ke?tak pon kan cikai2 jadi stunt man macam jackie chan ok lorr.alah tak payah jauhlah jadikan ramai2 macam chong wei sudah taklah dia penat libas sorang2.tu baru bab sukan banyak lagi kalau nak bergaduh.contohnya 

1.tambah bijak pandai melayu dalam company besar & goverment.
2 .tambah usahawan2 yang boleh berdiri sendiri (boleh survivelahh)
3. tambah kebolehcakapan bahasa inggeris & mandarin.(kemahiran komunikasi) 

Bukan takde bincang tapi semuanya motherhood statement,omongan kosong takde strategi,takde data,takde fakta..cam mano nak fokus takdo garis permulaan!kena berfikir macam supervisor kilang ; mendapat output banyak &  kualiti marveles dlm masa yang sama.(bab bergaduh ngan QC,Process & Equipment pon boleh ditiru sekali..hehe)

nak berpolitik silakan..tapi jangan sampai putus kawan,saudara & mengabaikan agama.kalau rasa nak tunjuk pandai tunjuklah secara berhemah dan bersopan.yang penting sekali biar ilmu penuh didada(bukan bulu2 je ye) plus dengan keimanan & takwa yang tinggi..barulah politik itu akan menjadi lebih ikhlas & telus..shorthandnya=ilmu agama+ dunia must balance ok!pesanan ini dari hamba Allah yang gemarkan ketenangan...boleh kan kan kan???thank you!!

Tuesday, April 26, 2011

aku tunangan orang sudah..

"Sebuah hikayat moden,hari yang dinanti penuh debaran,15 kereta rombongan,7 hantaran,1 tujuan..."


                                   cecite...cecite..cecite..


ceteka..ceteka..mesti teka rombongan kahwin kan?salah2.rombongan tunanglah..hehehe.cuba ulang lagi sekali,15 kereta?kenapa tak cukup 20 je?nak lempang?sian tunang saya kena pasang khemah banyak2..=p

Sob..sob..sob..cepat terharulah sejak2 jadi TUNANGAN orang ni..aku semakin sensitif ,hati cepat lembut,senyum makin manis,muka makin kiut,perut makin kecil...hahaha..tipu2..

Biasanya fenomena ini boleh dikaitkan atau dilebihkurangkan seperti ibu mengandung..'pembawakan budak'.
so aku 'pembawakan lemak' lebih tepat lagi lemak gedik.hikhikhik.seronoknyaaaaaaaaaaaaaa dah jadi TUNANGAN orang ni..rasa macam hidup ni dah separuh lengkap,tenang je perasaan ni..lagi2 bila kita tengok TUNANGAN kita tu cantik manis ibarat madu lebah yang meleleh2 di jari dijilat cepat2..eh?sabar jelaaaa..hahaha

saya faiz aziz dengan ini mengumumkan bahwasanya saya sudah menjadi TUNANGAN orang. Ya,saya memang sengaja membesarkan perkataan tunangan itu.dengan harapan supaya tiz zakyah,lisa surihani serta ana raffali dapat cepat melupakan saya..i'm sorry guys,i know how ur feel..sob3..=)

saya juga ingin meluahkan perasaan bangga kerana saya bertunang pada tarikh yang sama dengan seorang artis,yang meletak kan saya sebaris dengan nya..hahaha.tahniah bro ashraf muslim,mebi pasni kita boleh buka klinik sama2?tak lupa juga pada family saya,rombongan sedara mara yang ramai...fuhhh..serius tak sangka ramai macam ni,terima kasihlah banyak2 sebab sanggup berkongsi saat manis saya ini..ohhhhhhh...

tapi yang paling penting..syukur alhamdulillah pada-Nya yang menjumpakan aku dengan seorang wanita(sayang awk dh dewasa tau,xde dah shedut2 lagi..hehe) yang cantik luaran & hatinya..tanpa Dia maka tak jadilah majlis tunang ini.thank you Allah..pada family syida & saudara maranya..terima kasih sangat2 kerana bersusah payah melayan kami yang ramai ini,jasa kalian2 semua akan saya belanja nasi minyak satu hari nanti..hehehe

ada lagi..ada lagi..i love you sayang!! ~~

Sunday, April 3, 2011

ompek..four..arba'ah..papat..

eh dah bulan 4..hikhikhik berdebar-debar pulak rasanya,tinggal bape hari ye kak?apa!!20 hari???alamak perut tak kurus lagi,jambang xcukur lagi,rambut xlurus lagi..rambut??hahaha..abaikan jelah dah macam berus kuali rupanya..

Ya..dengan berat hatinya saya faiz aziz jejaka cumel mengumumkan bahwasanya saya sudah berpunya..saya minta maaf sangat2 pada lisa surihani,tiz zaqyah & tidak lupa juga pada ana raffali kerana kita xjadik couple..its ok guys,i believe you all can find better person than me..of kos la boleh kan..hahaha..sayangku,saya syg awk je jangan marah..=p

over ja.. baru nak tunang pon,belum kahwin lagi..hehehe.ehem2..pasni status tak mainlah in relation ship,sume tu cinta kristal je palsu2,pasni i'm engage!fuhhhhhhh..macam tak caya je kan..dah besar rupanya perut,dah boleh kahwin pon..hikhikhik..gedik lagi.

Sebenarnya agak nerves..xtaula napa mungkin terfikir pose apa nak digayakan depan kamera nanti...sandar tepi pintu sambil angkat kaki sebelah style jugak..hahaha.tapi sebenarnya sangat2 bersyukur alhamdulillah percintaan kami setahun jagung ini menuju ke jalan yang betul..lepas ni kumpul duit banyak2,nak fikir hal2 kahwin pulak,nak wat itu ini..fuh mesti sibuk gaban punya..tak sabar pulak.hehehe..~




* bawah ni sejarah terciptanya no 4,dari bentuk cross sampailah jadi no 4 sekarang..cuba bayang kalau orang dulu2 benti menulis sampai kat tengah2 tu..fuh payah gila nak wat add math nak tulis rompol2 tu pon nak dekat 10 minit!mau exam sampai 10 jam..hahaha
Evolution4glyph.png

Wednesday, March 23, 2011

ingat orang yang tersayang

'tit tit' bunyi lock kereta dibuka.pintu dibuka lalu enjin dihidupkan.dipanaskan enjin seminit dua sambil dengar faizal,ag & fara.'ahh,panasnya' aircond di tekan,angin sejuk menghembus muka,nyaman terasa melapangkan minda.hand break diturun,kereta pon bergerak pantas..macam ada terlupa sesuatu..apa ye?ah..biarkan sahaja.

simpang tiga.aku memberhentikan kereta,memberi signal ke kanan.Ok line clear kereta tiada,cuma sebuah motorsikal memecut laju dari jauh.'Ini mesti nak terus ni'.stereng diputar dan tiba2..Arghhhhhhhhhhhhhh!!!

aku terkentut sedikit,terkejut gamaknya.motor yang ku sangka bergerak lurus tiba2 belok ke kanan.aku hampir2 melanggarnya!hanya beberapa helai bulu roma sahaja yang memisahkan kami!dan kerana leka menggaru betis yang berbulu lebat,aku tertekan minyak bukan brek.terkejutla sangat kan.Astagfirullah,nasib baik motor tu pandai mencilok,kalau tak dah lama dia terbang  ke bahu jalan ibarat layang2 terputus talinya lalu jatuh menghempas ke tahi.aku pula sedikit cuak seperti brad pit yang  tersadung kakinya lalu bangun mengibas-ngibaskan rambutnya cover malu.Oh ya,lupa pula muka aku hampir2 mencium cermin kereta sendiri mujurlah kerana perut yang gagah ini dapat ia berpaut pada stereng kereta.Thank you perut,nanti kita makan sedap2 aku belanja ye.

kesimpulan & tauladannya..

1. pembawa motorsikal itu sangatlah celaka kerana tiba2 suka masuk simpang tak bagi signal.
2. jangan menggaru-garu sambil memandu kereta kerana ia akan melalaikan kita
3. jangan berasa malu kerana mempunyai perut yang buncit dan dada yang bidang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda!
4. SILALAH PAKAI TALI PINGGANG  KELEDAR SEBELUM MEMANDU..jangan buat2 lupa ye.alasan itu tidak lagi relevan!

~sekian & tahniah pada budak2 amik spm arini.jangan sedih kalau results tak cantik,usaha lagi dengan cara lain..tengok abang ni,biasa2 je spm jadi orang jugak, dah kerja & berawek cun.hahaha

Tuesday, March 15, 2011

tsunami

Sedih & simpati..sepuluh ribu angka yang dijangka terkorban secara tak rasminya & itu hanyalah di sebuah daerah kecil Miyagi.lepas tu pulak media kata loji nuklear meletup,maka bermula lah sms memenuhi inbox talifon bimbit.'jangan keluar dari rumah nanti kena hujan radiasi'.OK,rakyat malaysia prihatin!aku pon dapat so aku admitlah aku pun forward sms tu..yelah sapa tak takut kan kena radiasi,pastu ada plak yang tambah perasa  ajinomoto,garam,gula secukup rasa..' kalau kena hujan nanti boleh membantutkan pengeluaran sperma2'.sudah2 semua lelaki kat opis aku tak nak keluar makan kalau hujan,risaulah sangat aset mahal dorang terencat or tak mencapai standard piawai SIRIM. yang jenis selamba dia, wat tak paham je mungkin dia harapkan kalo kena hujan tu jadi hensem,berketak-ketak macam fahrin ahmad. tapi aku tak macam tu,tak selamba ,sebab aku tau aku memang lagi kiut dari dia plus aku nak jaga imej anak2 aku nanti..nanti bila orang puji,'manis sungguh budak tu,anak sapa ye.ala anak faiz tauke belacan' hahaha

tapi ada yang sengal bajet kelakar nak mampus,ingat orang dengar joke dia guling2 pegang buntot..takde sensitiviti langsung!boleh pulak time2 ni nak melawak otromen tahan2 ombaklah,doraemon alih air guna pintu sukatilah..tak kelakar OK!mungkin,mungkinlah boleh sengih sikitlah kalau masa gempa tu orang boleh berjoget2 buntot happy sebab nak layan gegar konsert rock.tapi TIDAK ini gempa 8.9 skala richer!0.3 skala richer je beza masa kat acheh 2006.cuba kena family kau,tak kau lempang dia sampai pengsan?kalau akulah,aku amik hammer ketuk 'bola' dia laju2 biar sampai ekor sperma dia bengkok2 nanti susah dapat anak or anak cacat daripada  kurang ajar macam dia.Please be sensitive OK,biar ilmu tak banyak,tapi hati budi mesti mahu ada...

Semoga orang2 jepon sana bersabarlah ye.orang malaysia pon jangan buat2 lupa .sedangkan negara maju ada teknologi canggih manggih pon buleh ranap,apatah lagi kita yang suam2 kuku je ni.Bala Allah tak kira tempat,marilah kita bersama2 istigfar..astagfirullah.,renung2kan & selamat beramal!


~internet slow..kami paham.TM bagi alasan tsunami boleh diterimapakai,kalau hari2 slow sebelum tsunami?macam $%&^@!

Tuesday, March 1, 2011

makan arab..

Nama ana faiz..ana saudagar unta,sekarang ini kefala ana fusing2 fening2 hati naik rungsing..ana faham kenafa ente rasa mau pelempang ana?sebab ana fon mau pelempang diri sendirilah,berbelit-belit lidah ana!actually..ana baru balik dari makan makanan arab..sedap bang..tak tipu,kepala boleh high!high blood pressure!aku makan daging kambing( mandy lamb rasenya) dagingnya empuk2,lembut2 gigit sekali licin sampai tulang,gigit lagi sekali orang sebelah dah pandang2..pang!senduk kat kepala makan sorang2 tak ingat orang.

Restoran ar-rawsha dekat bulatan kg pandan,kalau dari jalan tun razak kau kasi jalan tegak sampai nampak signboard kg pandan susur kiri.aku pun 1st time makan makanan arrraabb.masa dalam perjalanan nak pergi sana aku bayangkan tengah makan2 ada penari tengah bergelek-gelek atas pentas,lepas tu tak semena-mena dia menarik tangan aku ke tengah pentas..hahaha.syiok2!kena lempang dengan girlfriend laju2 baru kau tahu.hai sayang!

Alhamdulillah..makanan ini ditaja oleh jeng jeng jeng..bos kami!terima kasih bos!saya tengah berusaha gigih ni kejar output sambil kepala tersengguk-sengguk depan komputer(kepala pening makan kambing!)
Disarankan kepada sesiapa nak merasa apa yang si hosni mubarak tu makan sila-silalah jemput datang kesana.amat berpuas hati dengan harganya..ok sehingga berjumpa lagi saya maniam tunku kari..dalam rancangan..jalan2 cari pasal..oh yeahh!

~mimpi htc desire hd siang malam,sapa baik ati nak bagi free??

Sunday, February 20, 2011

lasertag

Minggu lepas aku dapat sms dari member sekolah ajak main lasertag.lasertag???alah yang main tembak-tembak macam paintball tapi guna pistol laser.tak kanlah orang KL tak tahu kot!! (aku pon baru je tahu lepas member forwardkan link website tu..tapi takpe aku orang ampang bukan kl taklah malu sangat.hehehe)

RM 55 untuk 3 game,setiap game 10 minit..agak berkerut jugaklah dahi aku ni mengeluarkan duit.disebabkan dah lama tak lepak dengan member sekolah & aku pun macam excited jugak nak cuba game ni..buat2 lupa jelah masa bayar duit tu.pada mulanya aku agak skeptikal bila sampai sana,biaselah 1 game 10 minit lepas tu majoriti yang datang budak-budak sekolah!!aku dah mula rasa rindu pada duit aku!tapi.. nampak gaya budak-budak ni macam budak international school je.. pandai dorang speaking..malu aku..darjah 4 eja 'table' pon 'tebel'.budak-budak ni kalau ajak gaduh mulut pon boleh kalah.speaking macam jilat lolipop,senang sangat!dahlah pandai speaking siap mengejek kami lagi(6 orang lelaki dewasa gaya muda remaja) huh!siap kau budak pendek aku tembak kau!

lembik jugaklah kaki,basah jugaklah ketiak ini..sapa kata main dengan budak2 tak penat?cuba try main game ni dulu,baru kau tahu yang diri kau tu taklah muda sangat!kalau nak bagi rating mungkin aku bagi 3/5 tapi kalau keluar tv3 rancangan voice out tu aku bagi 6/5..Eeee keluar tv seronoknya!!hehehe

~OK,maintan balik hensem..

Monday, February 7, 2011

kais malam

Kais malam..kerja malamlah!dulu kerja malam menyeronokan sekarang kerja malam terseksa.dulu boleh keluar makan sekarang makan dalam kantin.dulu terkial-kial fikir nak order makan apa,sekarang terkial-kial fikir nak pusing makan apa..menu sama rasa sama orang jual pon sama.kesian operator makan benda sama dari dulu lagi.aku ni baru berapa minggu makan dalam dah tak lalu.kalau ye pon nak orang makan dalam tukarlah menu gilir gilirkan makanan mengikut citarasa malaysia.dah nama malaysia makanan kenalah satu malaysia bukan 1 rasa semua sama.tolonglah..

kami mahu makan luar2x!!buat sepanduk besar besar macam kat mesir.kami tak nak hosni mubarak!kami nak husni jual murtabak!barulah semangat nak kerja makan makanan pelbagai rasa pelbagai rupa perut gembira hati ceria thruput..berjela jela..tapi sekarang sikit sikit etika etika etika..bosan!semuanya permainan politik atasan & hujahan tidak masuk akal.Yang diharap menyokong diam membisu langsung tidak melawan pandai bersastera menjaga punggung masing masing dan pasti menderita kami juga..perantara dua tanah berbeza tanah tinggi dan tanah rata..

layankan sahaja semua ini sampai masa cukup segala bye2 kan saja ini semua.hahahaha

Friday, January 21, 2011

review oh review

Ok,sudah 7 bulan kerja kilang.Hari-hari pergi kerja hari-hari fikir nak berhenti tapi...kerja juga.Bila akhir tahun perkara yang penting kena buat ialah review operator.Ya betul operator nadi,aset & sumber pendapatan kilang.Tanpa mereka alamatnya tak dapatlah kita nak tengok tv sambil bergolek-golek atau bermain pc game sampai ke pagi buta.Bukan semuanya 100% robot bang,walaupun dunia dah maju,terbang sana terbang sini cuit sana cuit sini(i-phone) yang nak pasang cover handset kau mereka juga.Jadi mereka ni sangatlah penting,penting penting & penting!!

Oh first time review operator aku,berdebar -debar hati.Yelah,dengar cerita operator mengamuk gaji tak naik,naik atas jumpa management bergaduh,koyak kertas increment & macam-macamlah lagi cerita seram pasal review ni.Nak di pendek kan cerita aku buatlah ikut level,dari level 4,level 3 sampailah level 2(aku jaga 1 bangunan beb, 3 level hebat kan kan?hehehe).Masa kat level 4 aku dah abis review sorang kakak ni,sedih dia gaji naik sikit.Ayat dia yang buat aku saiko,bukan saiko cuak kena marah saiko sedih."terus terang akak cakap akak terkilan dapat banyak ni".aku terdiam aku tahu dengan kenaikan gaji yang ciput tu apalah sangat dengan harga barang yang mahal2 ni.Aku mengerti perasaan dorang.Tak payah cerita lah basic dorang,semua orang tahu.Kerja lama-lama banyak tu juga.Aku pun tak fahamlah HR sekarang tuli atau buat-buat pekak dengan keadaan di luar sana.Nak jimat poket dia sekat poket orang lain..Sabar jelah..

Aku hanya penyampai review,seorang budak baru yang masih lagi berjinak-jinak dalam dunia pembuatan yang sarat dengan politik,ampuan serta pembohongan.Aku harap aku kerja situ lamalah dengan harapan dapat membantu serba sedikit termampu untuk menghargai sumbangan mereka.Tapi cuti tetap susah jugaklah..bagi banyak production tak jalan aku yang kena basuh.~OK~