politik..politik..politik..
aku bukanlah orang yang layak berbicara pasal politikus ini,tapi aku cukup layak untuk memerhati kebinasaan yang disebabkan olehnya..aku terus terang cakap, aku anti politik malaysia yang jijik & penuh muslihat.Setiap orang berebut berpolitik untuk menjaga kepentingan kaum masing2.Encik Melayu??kita mudah lupa..tanah ini tanah melayu tapi bukan selama2nya kita punya..sedikit demi sedikit hak kita dikikis tanpa kita sedari dan adakah kita betul2 peduli?
kau pro kerajaan,kau pulak taksub gila. masing2 bergaduh menegakkan batang yang basah.lastly,apa kau dapat?ZERO.tak dapat apa2 pon kan. sokong penat2 ada dapat duit?ada dapat kereta lapan bijik?takde kan kan.(kalau ada gtau aku cepat2 ye!)aku ekceli xkisah sgt2 pon psl korang punya pendapat .aku paham semua nak menang walaupon masing2 hujah tak semenggah mana.TAPI kalau boleh tak payahlah sampai memekak kat telinga aku!aku nak makan-minum pon tak lalu..demn lah!!
politik aku simple..spent more,no vote..tak paham??ko memang bukan kaki politik,mungkin kaki bulu2 je..ikut tabiat si cina,diam2 ubi berisi diam2 cina dapat penang..sendiri mahu pahamlah.dorang lebih berminat untuk bertekak tentang duit,harta & kepentingan kaum mereka.tak macam encik melayu membabikan sesama sendiri,mencelakakan peribadi.. sebab?? tak dapat yang dihajati..cubalah kan bergaduh pasal macam mana nak jadikan mat rempit tu danni pedrosa ke?casey stoner ke?tak pon kan cikai2 jadi stunt man macam jackie chan ok lorr.alah tak payah jauhlah jadikan ramai2 macam chong wei sudah taklah dia penat libas sorang2.tu baru bab sukan banyak lagi kalau nak bergaduh.contohnya
1.tambah bijak pandai melayu dalam company besar & goverment.
2 .tambah usahawan2 yang boleh berdiri sendiri (boleh survivelahh)
3. tambah kebolehcakapan bahasa inggeris & mandarin.(kemahiran komunikasi)
Bukan takde bincang tapi semuanya motherhood statement,omongan kosong takde strategi,takde data,takde fakta..cam mano nak fokus takdo garis permulaan!kena berfikir macam supervisor kilang ; mendapat output banyak & kualiti marveles dlm masa yang sama.(bab bergaduh ngan QC,Process & Equipment pon boleh ditiru sekali..hehe)
nak berpolitik silakan..tapi jangan sampai putus kawan,saudara & mengabaikan agama.kalau rasa nak tunjuk pandai tunjuklah secara berhemah dan bersopan.yang penting sekali biar ilmu penuh didada(bukan bulu2 je ye) plus dengan keimanan & takwa yang tinggi..barulah politik itu akan menjadi lebih ikhlas & telus..shorthandnya=ilmu agama+ dunia must balance ok!pesanan ini dari hamba Allah yang gemarkan ketenangan...boleh kan kan kan???thank you!!
sayang, hidup pais aziz!!
ReplyDeletetula syg dorg bising2 dh jd siyes blog ni..haha..syg awk gak
ReplyDelete