Sunday, October 30, 2011

3 bulan bro..

Amik kau!dah 3 bulan tak update blog terkial2 nak tulis apa!hahaha..
lama btul xsinggah blog ni,yela nak harapkan org lain singgah?blog pon tak ada isi,tak ada maknanya..=D
Sekilas pantas dari bulan 7 sampai skang.Org putih cakap time line la:

bulan 7
* arsenal datang bukit jalil kalah kan Malaysia 4-0 ,yeahh!! (pedih ati tgk malaysia main)

bulan 8
* Of kos lah semua org posa..kome pose x?hikhik
*my fiance,*ngan tangan di perut tepuk2 muka bangga dapat kerja kek pulau indah!tahniah syg..walau xindah sgt perjalan ke sana..hehe
*arsenal datang old trafford sehari dua sebelum raya,kena bantai 8-2 (xpedih hati pon sbb dah berkecai hancur lumat!jari tgh pd wenger)
*last day 31hb kita merdeka!merdeka!merdeka!,sonok masa ni dah raya pakai baju purple lagi..hehe.pas2 wenger beli player sampai 5 ketul ko!(tarik balik  jari tgh,kuar plak  ibu jari kaki..good2)

bulan 9
*penuhkan perut dengan jemputan rumah terbuka..hasilnya?berat aku 80kg!walaupon ada no ong (8) skit pon xrasa bertuah.padan muka!
*semangat exercise 2 hari pas2 macam biasa balik,jarum timbang masih lagi sekitar 79.99kg..(hmmm..ada pengurangan)

bulan 10

*cik tunang tersayang dapat offer lecture..cayalah sayang!lebiuuu!xsabarnya nak pau hehe
*training motibasi,mental & semangat dengan Zubedy kat TI..best2..(masih lagi sedaya upaya gigil2 amalkan apa dia suruh..haha)
*apa lagi r aku pon xingt,kalo psl kerja tiap2 bulan memg sucks!huhu
*ada2 lupa..masuk kelab yo,bukan kelab masak2..bukan juga kelab boboyot..kelab........**sila tgk banner..hehe

bulan 11
*simpan idea la bro nnti xdak apa nak tulis..p kerja kompol duit..hehe
*SEKIAN~~


Thursday, July 14, 2011

arsenal datang msia!!!

arsenal datang msia!yeayyyyyyy!!!dapat gak tgk star player aku rvp.tapi gervinho xsmpt lak datang kalo x msti leh celen sagna dr segi kekilatan beliau..hehe.tapi skali dapat tgk nasri gelecek pastu tgk vermalean defend,pergh..rasa xsabar je nak tggu season ni start.harap2 walopon bnyk desas desis pasal player arsenal ni,arsenal tetap maju kehadapanlah!sesuai dengan ke 125 tahun korang-forward

kepada wenger,
saya faiz dari ampang,tidak ingin mengajukan soklan pd anda tapi...
please r jgn kemut!kalo de duit tu beli r defend 1,keeper 1 yang marveles skit.team lain beli ko xtgk ke?degil bagak!nanti sume star ko blah baru tau.cepat2lah kompemkan player ko aim tu..hari2 asyik rumours je.alang2 nak rumours baik ko cakap,"arsenal mahu khairul fahmi","shafiq rahim dalam perhatian wenger".tapi taklaaaa kot.mimpi jelaaaa

aku ngan member merempit sampai kira2 10 minit nak masuk stadium.pagi tu feeling memang sgt sucks!tqvm to u!tapi ptg tu ok skitla sbb dpt jmpa player yg diminati.orang cakap player arsenal sombong,ye kot sebab xde plak nampak dorang celebrate pas game semalam.lantak r,janji ko dtg msia!huhuhu

harap2 emirates ada kerja kosong,aku nak apply..arghhhhhh!

Sunday, July 10, 2011

bersihkan jiwa..bersihkan mereka..

"keBERSIHan itu sebahagian dari iman"
"BERSIH,cekap,amanah"
"sila BERSIHkan mulut anda sebelum cium saya"

Ewah..ewah..sekarang abang faiz dah jadi pembersih ye!dulu nak kemas katil sendiri pon malas,apatah lagi nak basuh jamban.sekarang tiba2 je nak BERSIH..hehehe.Tahniah kepada BERSIH yang berjaya menyuarakan pandangan anda dijalanan.Sepatutnya ia akan lebih BERSIH bila semua orang lebih memahami & bersikap terbuka.Apabila keadilan cuba dinafikan akan berlakulah yang dinamakan "collateral damage" -kerosakan yang tidak dapat dielakkan.

Kagum..
Saranan PM supaya kita hidup dalam 1Malaysia terdapat di dalam BERSIH.Semua kaum ada masa tu & yang paling penting generasi muda yang semakin matang yang boleh berfikir yang tak mudah tertipu oleh kerajaan.Kami bukan anti kamu,kami anti tindakan kamu.Tidak kah kamu semua nampak rakyat perlukan perubahan?rakyat sengsara dengan ekonomi sekarang yang membebankan setiap lapisan masyarakat.Kamu orang atas suruh kami berjimat sambil kamu semua berpesta di sana.Pergi keluar negara konon2nya buat kerja tapi melancong membazirkan duit rakyat sahaja.Duit digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah.email 1 malaysia?menara merdeka?WTF!apa yang rakyat boleh guna dengan semua tu??

Lihat pada germany..Free education.itu yang rakyat mahu!rakyat mahu sesuatu yang memangfaatkan mereka.Sekarang semua nya naik minyak naik,gula naik,hutang naik,darah tinggi naik..tu belum sewa beli rumah lagi.pleaselah,play in with economy skit.janganlah asik nak pusing kat rakyat jer.kalaulah aku yang kerja exec ni pon rasa xcukup,camne yang kerja operator kilang yang gaji ratus2 je tu..lu orang r,management sucks!

Aku pernah kerja kerajaan sebelum kerja private.Aku tahu macam mana kerja lu orang,tak efektif,lambat & menghabiskan duit.yang korang tau mengular je.Aku duk dalam jabatan teknikal yang supposely sangat busy pon xde keje.Cuba bayangkan kalau jabatan lain yang jarang2 ada projek,kerja dari kerajaan.tak ke bazir duit bayar gaji dorang mengular?so aku amik keputusan keluar dari kerajaan & masuk private.Aku tak nak buang duit orang bayar gaji aku dengan buang masa.tapi aku berterima kasih kerana terima aku sementara waktu dulu.Ia betul2 membuka minda aku sekarang!

OK guys,cite panjang xguna nanti time election kita pangkah je.

Wednesday, June 22, 2011

boss faiz

dah setahun kerja kat kilang mat saleh ni.cepat betul masa berlalu..mksudnya lagi setahun habis bon..hehehe.rasanya baru je habis matrikulasi kelmarin.tiba2 nak doraemon datang malaysia.nak pinjam pintu masa,nak putar balik..huhuhu.Inilah ayat seorang loser,bila tak dapat dihajati mulalah kalaulah..kalaulah..stop it OK!there is no 2nd chance unless you create it!so better move your ass & make your dream come true!

aku selalu bermimpi nak berniaga,nak buka kedai itula inila tapi sampai sekarang yang aku pandai buka hanyalah butang seluar aku.memang dasar mat jenin hanya pandai mimpi saja.so sapa2 rasa nak lempang saya silalah..saya mahu semangat bekerja untuk mejadi kaya.tak perlu bangun awal pergi kerja shift penat2..hasilnya taklah sebanyak mana yang diidamkan.ko idamkan ape pais???aku idamkan...bebas hutang,no money problem..bolehkah??ntahlahh..

sapa2 rasa dia nak partner meniaga tak pakai modal ribu2 leh r ajak aku.kalo mlm meme gua xminat r..huhu.bohcan..bohcan..nak jadi boss!!!

Monday, May 16, 2011

politikus malaysiaku

politik..politik..politik..
aku bukanlah orang yang layak berbicara pasal politikus ini,tapi aku cukup layak untuk memerhati kebinasaan yang disebabkan olehnya..aku terus terang cakap, aku anti politik malaysia yang jijik & penuh muslihat.Setiap orang berebut  berpolitik untuk menjaga kepentingan kaum masing2.Encik Melayu??kita mudah lupa..tanah ini tanah melayu tapi bukan selama2nya kita punya..sedikit demi sedikit hak kita dikikis tanpa kita sedari dan adakah kita betul2 peduli?

kau pro kerajaan,kau pulak taksub gila. masing2 bergaduh menegakkan batang yang basah.lastly,apa kau dapat?ZERO.tak dapat apa2 pon kan. sokong penat2 ada dapat duit?ada dapat kereta lapan bijik?takde kan kan.(kalau ada gtau aku cepat2 ye!)aku ekceli xkisah sgt2 pon psl  korang punya pendapat .aku paham semua nak menang walaupon masing2 hujah tak semenggah mana.TAPI kalau boleh tak payahlah sampai memekak kat telinga aku!aku nak makan-minum pon tak lalu..demn lah!!

politik aku simple..spent more,no vote..tak paham??ko memang bukan kaki politik,mungkin kaki bulu2 je..ikut tabiat si cina,diam2 ubi berisi diam2 cina dapat penang..sendiri mahu pahamlah.dorang lebih berminat untuk bertekak tentang duit,harta & kepentingan kaum mereka.tak macam encik melayu membabikan sesama sendiri,mencelakakan peribadi.. sebab?? tak dapat  yang dihajati..cubalah kan bergaduh pasal macam mana nak jadikan mat rempit tu danni pedrosa ke?casey stoner ke?tak pon kan cikai2 jadi stunt man macam jackie chan ok lorr.alah tak payah jauhlah jadikan ramai2 macam chong wei sudah taklah dia penat libas sorang2.tu baru bab sukan banyak lagi kalau nak bergaduh.contohnya 

1.tambah bijak pandai melayu dalam company besar & goverment.
2 .tambah usahawan2 yang boleh berdiri sendiri (boleh survivelahh)
3. tambah kebolehcakapan bahasa inggeris & mandarin.(kemahiran komunikasi) 

Bukan takde bincang tapi semuanya motherhood statement,omongan kosong takde strategi,takde data,takde fakta..cam mano nak fokus takdo garis permulaan!kena berfikir macam supervisor kilang ; mendapat output banyak &  kualiti marveles dlm masa yang sama.(bab bergaduh ngan QC,Process & Equipment pon boleh ditiru sekali..hehe)

nak berpolitik silakan..tapi jangan sampai putus kawan,saudara & mengabaikan agama.kalau rasa nak tunjuk pandai tunjuklah secara berhemah dan bersopan.yang penting sekali biar ilmu penuh didada(bukan bulu2 je ye) plus dengan keimanan & takwa yang tinggi..barulah politik itu akan menjadi lebih ikhlas & telus..shorthandnya=ilmu agama+ dunia must balance ok!pesanan ini dari hamba Allah yang gemarkan ketenangan...boleh kan kan kan???thank you!!

Tuesday, April 26, 2011

aku tunangan orang sudah..

"Sebuah hikayat moden,hari yang dinanti penuh debaran,15 kereta rombongan,7 hantaran,1 tujuan..."


                                   cecite...cecite..cecite..


ceteka..ceteka..mesti teka rombongan kahwin kan?salah2.rombongan tunanglah..hehehe.cuba ulang lagi sekali,15 kereta?kenapa tak cukup 20 je?nak lempang?sian tunang saya kena pasang khemah banyak2..=p

Sob..sob..sob..cepat terharulah sejak2 jadi TUNANGAN orang ni..aku semakin sensitif ,hati cepat lembut,senyum makin manis,muka makin kiut,perut makin kecil...hahaha..tipu2..

Biasanya fenomena ini boleh dikaitkan atau dilebihkurangkan seperti ibu mengandung..'pembawakan budak'.
so aku 'pembawakan lemak' lebih tepat lagi lemak gedik.hikhikhik.seronoknyaaaaaaaaaaaaaa dah jadi TUNANGAN orang ni..rasa macam hidup ni dah separuh lengkap,tenang je perasaan ni..lagi2 bila kita tengok TUNANGAN kita tu cantik manis ibarat madu lebah yang meleleh2 di jari dijilat cepat2..eh?sabar jelaaaa..hahaha

saya faiz aziz dengan ini mengumumkan bahwasanya saya sudah menjadi TUNANGAN orang. Ya,saya memang sengaja membesarkan perkataan tunangan itu.dengan harapan supaya tiz zakyah,lisa surihani serta ana raffali dapat cepat melupakan saya..i'm sorry guys,i know how ur feel..sob3..=)

saya juga ingin meluahkan perasaan bangga kerana saya bertunang pada tarikh yang sama dengan seorang artis,yang meletak kan saya sebaris dengan nya..hahaha.tahniah bro ashraf muslim,mebi pasni kita boleh buka klinik sama2?tak lupa juga pada family saya,rombongan sedara mara yang ramai...fuhhh..serius tak sangka ramai macam ni,terima kasihlah banyak2 sebab sanggup berkongsi saat manis saya ini..ohhhhhhh...

tapi yang paling penting..syukur alhamdulillah pada-Nya yang menjumpakan aku dengan seorang wanita(sayang awk dh dewasa tau,xde dah shedut2 lagi..hehe) yang cantik luaran & hatinya..tanpa Dia maka tak jadilah majlis tunang ini.thank you Allah..pada family syida & saudara maranya..terima kasih sangat2 kerana bersusah payah melayan kami yang ramai ini,jasa kalian2 semua akan saya belanja nasi minyak satu hari nanti..hehehe

ada lagi..ada lagi..i love you sayang!! ~~

Sunday, April 3, 2011

ompek..four..arba'ah..papat..

eh dah bulan 4..hikhikhik berdebar-debar pulak rasanya,tinggal bape hari ye kak?apa!!20 hari???alamak perut tak kurus lagi,jambang xcukur lagi,rambut xlurus lagi..rambut??hahaha..abaikan jelah dah macam berus kuali rupanya..

Ya..dengan berat hatinya saya faiz aziz jejaka cumel mengumumkan bahwasanya saya sudah berpunya..saya minta maaf sangat2 pada lisa surihani,tiz zaqyah & tidak lupa juga pada ana raffali kerana kita xjadik couple..its ok guys,i believe you all can find better person than me..of kos la boleh kan..hahaha..sayangku,saya syg awk je jangan marah..=p

over ja.. baru nak tunang pon,belum kahwin lagi..hehehe.ehem2..pasni status tak mainlah in relation ship,sume tu cinta kristal je palsu2,pasni i'm engage!fuhhhhhhh..macam tak caya je kan..dah besar rupanya perut,dah boleh kahwin pon..hikhikhik..gedik lagi.

Sebenarnya agak nerves..xtaula napa mungkin terfikir pose apa nak digayakan depan kamera nanti...sandar tepi pintu sambil angkat kaki sebelah style jugak..hahaha.tapi sebenarnya sangat2 bersyukur alhamdulillah percintaan kami setahun jagung ini menuju ke jalan yang betul..lepas ni kumpul duit banyak2,nak fikir hal2 kahwin pulak,nak wat itu ini..fuh mesti sibuk gaban punya..tak sabar pulak.hehehe..~




* bawah ni sejarah terciptanya no 4,dari bentuk cross sampailah jadi no 4 sekarang..cuba bayang kalau orang dulu2 benti menulis sampai kat tengah2 tu..fuh payah gila nak wat add math nak tulis rompol2 tu pon nak dekat 10 minit!mau exam sampai 10 jam..hahaha
Evolution4glyph.png