'tit tit' bunyi lock kereta dibuka.pintu dibuka lalu enjin dihidupkan.dipanaskan enjin seminit dua sambil dengar faizal,ag & fara.'ahh,panasnya' aircond di tekan,angin sejuk menghembus muka,nyaman terasa melapangkan minda.hand break diturun,kereta pon bergerak pantas..macam ada terlupa sesuatu..apa ye?ah..biarkan sahaja.
simpang tiga.aku memberhentikan kereta,memberi signal ke kanan.Ok line clear kereta tiada,cuma sebuah motorsikal memecut laju dari jauh.'Ini mesti nak terus ni'.stereng diputar dan tiba2..Arghhhhhhhhhhhhhh!!!
aku terkentut sedikit,terkejut gamaknya.motor yang ku sangka bergerak lurus tiba2 belok ke kanan.aku hampir2 melanggarnya!hanya beberapa helai bulu roma sahaja yang memisahkan kami!dan kerana leka menggaru betis yang berbulu lebat,aku tertekan minyak bukan brek.terkejutla sangat kan.Astagfirullah,nasib baik motor tu pandai mencilok,kalau tak dah lama dia terbang ke bahu jalan ibarat layang2 terputus talinya lalu jatuh menghempas ke tahi.aku pula sedikit cuak seperti brad pit yang tersadung kakinya lalu bangun mengibas-ngibaskan rambutnya cover malu.Oh ya,lupa pula muka aku hampir2 mencium cermin kereta sendiri mujurlah kerana perut yang gagah ini dapat ia berpaut pada stereng kereta.Thank you perut,nanti kita makan sedap2 aku belanja ye.
kesimpulan & tauladannya..
1. pembawa motorsikal itu sangatlah celaka kerana tiba2 suka masuk simpang tak bagi signal.
2. jangan menggaru-garu sambil memandu kereta kerana ia akan melalaikan kita
3. jangan berasa malu kerana mempunyai perut yang buncit dan dada yang bidang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda!
4. SILALAH PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR SEBELUM MEMANDU..jangan buat2 lupa ye.alasan itu tidak lagi relevan!
~sekian & tahniah pada budak2 amik spm arini.jangan sedih kalau results tak cantik,usaha lagi dengan cara lain..tengok abang ni,biasa2 je spm jadi orang jugak, dah kerja & berawek cun.hahaha