Sunday, February 20, 2011

lasertag

Minggu lepas aku dapat sms dari member sekolah ajak main lasertag.lasertag???alah yang main tembak-tembak macam paintball tapi guna pistol laser.tak kanlah orang KL tak tahu kot!! (aku pon baru je tahu lepas member forwardkan link website tu..tapi takpe aku orang ampang bukan kl taklah malu sangat.hehehe)

RM 55 untuk 3 game,setiap game 10 minit..agak berkerut jugaklah dahi aku ni mengeluarkan duit.disebabkan dah lama tak lepak dengan member sekolah & aku pun macam excited jugak nak cuba game ni..buat2 lupa jelah masa bayar duit tu.pada mulanya aku agak skeptikal bila sampai sana,biaselah 1 game 10 minit lepas tu majoriti yang datang budak-budak sekolah!!aku dah mula rasa rindu pada duit aku!tapi.. nampak gaya budak-budak ni macam budak international school je.. pandai dorang speaking..malu aku..darjah 4 eja 'table' pon 'tebel'.budak-budak ni kalau ajak gaduh mulut pon boleh kalah.speaking macam jilat lolipop,senang sangat!dahlah pandai speaking siap mengejek kami lagi(6 orang lelaki dewasa gaya muda remaja) huh!siap kau budak pendek aku tembak kau!

lembik jugaklah kaki,basah jugaklah ketiak ini..sapa kata main dengan budak2 tak penat?cuba try main game ni dulu,baru kau tahu yang diri kau tu taklah muda sangat!kalau nak bagi rating mungkin aku bagi 3/5 tapi kalau keluar tv3 rancangan voice out tu aku bagi 6/5..Eeee keluar tv seronoknya!!hehehe

~OK,maintan balik hensem..

Monday, February 7, 2011

kais malam

Kais malam..kerja malamlah!dulu kerja malam menyeronokan sekarang kerja malam terseksa.dulu boleh keluar makan sekarang makan dalam kantin.dulu terkial-kial fikir nak order makan apa,sekarang terkial-kial fikir nak pusing makan apa..menu sama rasa sama orang jual pon sama.kesian operator makan benda sama dari dulu lagi.aku ni baru berapa minggu makan dalam dah tak lalu.kalau ye pon nak orang makan dalam tukarlah menu gilir gilirkan makanan mengikut citarasa malaysia.dah nama malaysia makanan kenalah satu malaysia bukan 1 rasa semua sama.tolonglah..

kami mahu makan luar2x!!buat sepanduk besar besar macam kat mesir.kami tak nak hosni mubarak!kami nak husni jual murtabak!barulah semangat nak kerja makan makanan pelbagai rasa pelbagai rupa perut gembira hati ceria thruput..berjela jela..tapi sekarang sikit sikit etika etika etika..bosan!semuanya permainan politik atasan & hujahan tidak masuk akal.Yang diharap menyokong diam membisu langsung tidak melawan pandai bersastera menjaga punggung masing masing dan pasti menderita kami juga..perantara dua tanah berbeza tanah tinggi dan tanah rata..

layankan sahaja semua ini sampai masa cukup segala bye2 kan saja ini semua.hahahaha