Tuesday, November 2, 2010

meeting pagi

"Good job Faiz!maintain the performance" puji bos  aku.Kami keluar dari bilik meeting dengan senyum lebar,jalan pun kepak dada bangga tak ingat! Bukan senang nak dengar bos puji-puji ni,selalu asyik kena marah je.Masa mula-mula dulu menggeletar lutut masing-masing nak masuk meeting,cuak takut kena fire dengan bos.Sekarang bila asyik selalu kena marah,telinga yang selalu merah dah normal balik atau dah makin tebal rasanya!

"CJ,nice work today!"puji aku sambil menepuk bahu partner aku.Dia tersenyum bangga,gaya orang baru lepas menang anugerah.Sue di belakang berlari-lari anak cuba mengikut rentak langkah kami."Weh,korang hari ni last day kerja, esok off day kita ada plan tak? Sue pantas mencelah antara kami.Sue juga partner kami dalam 1 shift."Aku ingat malam ni kita pergi karaoke nak?lepas tension sikit nyanyi lagu rock boleh jerit puas-puas!"cadang aku."Cantik!aku balik rumah dulu mandi-mandi kita jumpa kat sana pukul 2" balas CJ.Sue mengangguk faham.Kami pun berlalu pergi ke kereta masing-masing,malam ni nak nyanyi puas-puas!

"Siot!dah pukul 4 mana Sue ni?"getus aku dalam hati.CJ dan aku sampai awal rumah kami dekat sahaja dengan pusat karaoke.Aku menjemput CJ di rumah selepas kami semua sudah bersiap-siap pagi tadi.Senang satu kereta satu parking satu minyak boleh tong-tong.Hehehe.Bijak & jimat dalam ekonomi Malaysia yang kurang pantas & harga barang yang tak pernah nak turun.Huh!!

Lama sangat kami menunggu,aku cakap dengan CJ aku nak tidur dulu,nanti Sue sampai  kejut aku.Letih lah kerja kilang ni,12 jam... tak masuk masa dalam meeting lagi.Kalau ouput teruk lagi lamalah kena belasah!Aku pun melelapkan mata sebentar dalam kereta berhawa dingin diiringi muzik sinar fm yang syahdu.Memang layan!!

"Faiz,bangun-bangun.Lama betul kau tidur" kejut Sue sambil menggoyang-goyangkan kerusi aku."Baru sampai ke Sue?penat aku tunggu kau sampai terlelap"terkebil-kebil aku buka mata."Sampai apanya aku ada dalam office dari tadi,kau yang tidur lama sangat lepas makan.Report dah buat belum?Aku dengan CJ dah nak masuk meeting dengan bos" ujar Sue lagi.Terkesima aku sebentar,blur yang amat!aku tengok jam!"S**t!aku mimpi rupanya,baru 1st day kerja malam.Habislah aku kena karaoke dengan bos"!!



~Sekian~